Cikgu Fatimawati's Blog

Ayat Tunggal

Ayat Tunggal merupakan ayat yang mengandungi 1 subjek dan satu predikat.

AYAT

Ayat ialah sekumpulan perkataan yang mempunyai susunan tertentu dan makna yang lengkap.

  1. Ayat yang lengkap mempunyai satu subjek dan satu predikat.
  2. Ayat biasanya diakhiri dengan tanda noktah.

Contoh Ayat:

ubjek

Predikat

Pemuda itu

bekerja keras untuk menyara keluarganya

Ayat Lengkap:    Pemuda itu bekerja keras untuk menyara keluarganya.

Ayat boleh wujud dalam dua keadaan:

1. Ayat biasa -           mempunyai subjek di hadapan dan predikat di belakang.

2. Ayat songsang -           mempunyai predikat di hadapan dan subjek di belakang.

yat Biasa

Ayat Songsang.

Subjek

Predikat

Predikat

Subjek

1. Harun

adik tirinya.

1. Adik tirinya

Harun.

2. Suaranya

agak nyaring

2. Agak nyaring

suaranya.

3. Pintu itu

berkunci.

3. Berkunci

pintu itu.

4. Suraya

menangis?

4. Menangiskah

Suraya

5. Pakaian itu

sudah dibasuh.

5. Sudah dibasuh

pakaian itu.

AYAT TANYA

1.   Ayat  yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.

  1. Ayat ini dapat dikenali berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu.
  2. Terdapat dua golongan ayat tanya.
  1. Ayat tanya tanpa kata tanya.
  1. Ayat ini tidak mempunyai kata tanya.
  2. Ayat ini diucapkan dalam intonasi suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat.
  3. Ayat ini dilambangkan dengan tanda ( ? ) di akhir ayat.

Contoh;

Ayat Penyata:      Ayah mencuci kereta di hadapan rumah.

Ayat Tanya:       Ayah mencuci kereta di hadapan rumah?

Ayat Penyata:      Rumah Liza terletak jauh dari sekolah.

Ayat Tanya:       Rumah Liza terletak jauh dari sekolah?

  1. Ayat tanya dengan kata tanya.
  1. Ayat ini disertai dengan kata tanya ‘apa’, ‘berapa’, ‘siapa’, ‘bila’, ‘mana’, ‘mengapa’ dan sebagainya.
  2. Tanda soal diletakkan pada akhir ayat.
  3. Kata tanya boleh juga diimbuhkan dengan partikel “-kah”.
  4. Namun begitu, partikel “-kah” tidak boleh diletakkan di hujung ayat.

Contoh: Ayat tanya tanpa imbuhan partikel “-kah”.

  1. Pemuda kacak itu siapa?
  2. Ali belajar dengan siapa?
  3. Benda itu apa?
  4. Ani mengatasi masalah itu bagaimana?

Contoh: Ayat tanya dengan imbuhan partikel “-kah”.

  1. Siapakah pemuda kacak itu?
  2. Dengan siapakah Ali belajar?
  3. Apakah benda itu?
  4. Bagaimanakah Ani mengatasi masalah itu?

Latihan 1.

Buat lima ayat tanya tanpa kata tanya.

Latihan 2

Buat lima ayat tanya yang menggunakan perkataan “berapa”, “bila”, “mana”, “kenapa”, “mengapa”.

AYAT  PENYATA.

  • Ayat penyata ialah ayat yang menerangkan atau menyatakan tentang sesuatu hal.
  • Ayat ini juga dikenali sebagai ayat keterangan atau ayat berita.
  • Biasa ayat ini diakhiri dengan tanda noktah.

Contoh:

  1. Perayaan Deepavali disambut oleh masyarakat India.
  2. Tempat ini sangat kotor dan berbau busuk.
  3. Bandar Tasik Selatan terletak di Cheras.
  4. Koridor Raya Multimedia dilancarkan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Muhamad.

Latihan 1.

Buat lima ayat penyata.

Latihan 2.

Tandakan ( / ) pada ayat penyata dan ( X ) pada ayat-ayat lain yang diberikan di bawah ini.

  1. Di manakah letaknya Menara Kembar Petronas?                                                     (     )
  1. Setiap kali musim perayaan Perhentian Pudu Raya penuh sesak dengan orang ramai.     (     )
  1. Fitri menaiki kereta siapa?                                                                                        (     )
  1. Sungai terpanjang di Semenanjung terletak di negeri Pahang.                                   (     )
  1. Usahlah awak bimbang tentang kesihatan anak saya.                                                (     )
  1. Jemputlah hadirin sekalian menjamu selera.                                                                         (     )
  1. Kami sudah berjaya, cikgu!.                                                                                                 (     )
  1. Sekolah Menengah Pemanis telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan Dikir Barat peringkat negeri yang diadakan di Muar.                                                         (     )
  1. Janganlah kamu hendak menunjuk pandai di sini.                                                    (     )

10.  Tolong ambilkan segelas air oren untuk saya.                                                                       (     )

AYAT PERINTAH.

Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.

Empat Jenis Ayat Perintah:

  1. 1. Ayat suruhan.

Ayat ini digunakan untuk memberi arahan atau suruhan .

Contoh ayat:

i.    Awak boleh mula sekarang.

ii.   Buang sampah itu.

  1. 2. Ayat silaan.

Ayat ini digunakan untuk menjemput atau mempersilakan. Dalam ayat ini terdapat perkataan silaan seperti sila dan jemput. Bahasanya lebih lembut daripada ayat suruhan.

Contoh ayat:

i.    Sila penuhkan kerusi di hadapan pentas itu.

ii.   Jemputlah ke rumah.

  1. 3. Ayat permintaan.

Ayat ini digunakan untuk memohon pertolongan atau meminta tolong. Dalam ayat ini terdapat perkataan seperti meminta, tolong atau harap.

Contoh ayat:

i.    Tolong saya belikan buah limau.

ii.   Harap anda semua bersabar.

iii.  Minta kamu semua bertenang.

  1. 4. Ayat larangan.

Ayat ini digunakan untuk mencegah atau melarang seseorang melakukan sesuatu dan menggunakan perkataan larangan seperti jangan, usah atau tak usah.

Contoh ayat:

i.    Jangan melawan cakap orang tua.

ii.   Usah besarkan yang remeh itu.

iii.  Tak usah engkau kenang lagi peristiwa itu.

Latihan 1

Buat ayat daripada perkataan-perkataan berikut supaya jelas perbezaan maksudnya.

1.     menjemput              -           dijemput.

2.     mengharap              -               pengharapan.

Ayat Seruan.

Ayat ini digunakan untuk melahirkan sesuatu perasaan seperti hairan, gembira, marah, takut, sakit dan sebagainya. Intonasi ayat seruan digambarkan dengan tanda seru ( ! ) Ayat seruan biasanya didahului oleh kata seru seperti aduh, oh, wah, cis, eh, wahai dan sebagainya. Terdapat juga ayat seruan tanpa kata seru.

  1. 1. Ayat seruan dengan kata seru.

Contohnya:

i.    Wah, cantiknya taman itu!

ii.   Chis, bedebah kau Roy!

iii.  Amboi, sedapnya masakan itu!

iv.  Nah, ambil buku ini dan ulang kaji!

  1. 2. Ayat seruan tanpa kata seru.

Contohnya:

i.    Cantiknya taman itu!

ii.   Bedebah kau Roy!

iii.  Sedapnya masakan itu!

iv.  Ambil buku ini dan ulang kaji!

Latihan:

Buat ayat daripada perkataan seru berikut. Gunakan contoh-contoh di atas sebagai panduan.

  1. Aduh.
  2. Oh.
  3. Eh.
  4. Wahai.

Ayat Tunggal.

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Susunan ayat tunggal boleh diterbalikkan. Ayat tunggal dikenali juga sebagai ayat selapis.

Contoh ayat tunggal.

i.   Pelajar itu mengulang kaji pelajarannya.

ii.  Pelajar itu ( subjek ) mengulang kaji pelajarannya ( predikat ).

Latihan 1.

Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat-ayat di bawah;

  1. Adiknya sakit.
  2. Rumah itu besar.
  3. Kucing itu jinak.
  4. Gadis itu sangat cantik.
  5. Bangunan itu sungguh besar.
  6. Kaki adik terseliuh.
  7. Sungguh tinggi gunung itu.
  8. Terlalu panjang galah itu.
  9. Bengkak kaki kanannya..

10.  Di atas meja pen itu.

Latihan 2.

Buat ayat selapis daripada perkataan berikut.

  1. tumbang.
  2. gugur.
  3. menangis.
  4. berjalan-jalan.
  5. gembira.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

April 2014
M T W T F S S
« Jul    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Statistik

  • 16,234 hits
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: