Cikgu Fatimawati's Blog

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai kesinambungan  kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai “Largest Simultaneous Participation of School Students In An Aerobic Session”. Secara keseluruhan senamrobik akan disertai oleh sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru dan warga KPM.

Maltamat Senamrobik 1 Malaysia

Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk  melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan  senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi  senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang  dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini  juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan

Salam.. Blog ini adalah untuk pelajar mendapatkan maklumat terkini berkaitan tugasan Bahasa Melayu Menengah Atas. Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan segala makumat yang ada dengan baik. Selamat Melungsur.

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Statistik

  • 43,017 hits